Rabu, 20 Julai 2011

LANGKAH LANGKAH PELAKSANAAN AMALAN 5S DI IKBN SERI ISKANDAR

1. TUJUAN

1.1 Tujuan Bahagian Tiga ini ialah untuk memberi panduan terhadap langkah-langkah 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal) yang dapat membantu warga IKBNSI untuk pelaksanaan Amalan 5S dengan lebih mudah dan berkesan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Panduan pelaksanaan Amalan 5S ini mengandungi langkah-langkah 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal yang membantu anggota IKBNSI untuk memahami dan melaksanakan konsep 5S dengan lebih terancang, mudah dan berkesan.

2.2 Panduan langkah-langkah Amalan 5S ini sebagai bahan rujukan kepada semua peringkat organisasi di IKBNSI untuk mewujudkan persekitaran yang berkualiti di IKBNSI, di samping menentukan kepatuhan kepada piawaian yang ditetapkan serta dapat memupuk usaha penambahbaikan di persekitaran tempat kerja secara berterusan.

2.3 Dalam konteks pemindahan pengetahuan dan proses pembelajaran berterusan, penggunaan rujukan kepada panduan langkah-langkah Amalan 5S ini perlu ditambahi lagi dengan bahan-bahan rujukan dan sokongan lain seperti penerbitan-penerbitan Amalan 5S, pekeliling-pekeliling, garis panduan-garis panduan pengurusan pejabat, prosedur-prosedur Sistem Pengurusan Kualiti dan latihan Amalan 5S.

3. Panduan Pelaksanaan Amalan 5S


3.1 Langkah 1: Persediaan


3.1.1 Penetapan zon


Seluruh kawasan di bawah seliaan institut perlu dibahagikan kepada zon-zon dan melantik pegawai bertanggungjawab (empunya tempat kerja) terhadap zon berkenaan.  Kawasan ini perlu meliputi kawasan guna sama seperti tangga, laluan, ruangan menunggu dan sebagainya.

3.1.2 Penetapan Objektif dan Sasaran


Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S Institut perlu menetapkan objektif dan sasaran pelaksanaan Amalan 5S bagi setiap SGA berdasarkan polisi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Amalan 5S IKBNSI.

3.1.3 Pengumpulan Data


Setiap SGA perlu merekodkan situasi semasa (sebelum) dengan mengambil gambar. Sudut yang sama akan digunakan untuk penilaian selepas Amalan 5S dilakukan.  Penilaian menggunakan borang (BMS – 01 – 03) terhadap tempat kerja perlu dibuat bagi mendapatkan maklumat keadaan sebelum Amalan 5S dimulakan.

3.1.4 Latihan


Latihan pendedahan kepada semua warga kerja terutamanya kepada ahli-ahli Jawatankuasa perlu dilakukan.

3.1.5 Merangka Pelan Tindakan


Satu pelan tindakan pelaksanaan perlu disediakan untuk sepanjang tempoh 3 tahun pertama.  Pelan tindakan ini perlu dikaji semula setiap 3-6 bulan bergantung kepada keperluan.  Contoh pelan tindakan adalah seperti di Lampiran 1

`

3.16 Lawatan Penandaarasan.
Lawatan penandaarasan amalan 5S telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 1 Februari 2011 dan Institut Kemahiran Mara Beseri Perlis pada 10 Februari 2011. Gambar – gambar lawatan disertakan di Lampiran 2. 

3.1.7 Pelancaran Amalan 5S


Pelancaran Amalan 5S perlu diadakan bagi menandakan permulaan aktiviti Amalan 5S secara rasmi.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan semasa pelancaran adalah gotong-royong perdana (Big Cleaning Day)

3.2 Langkah 2: Seiri (Sisih)


Aktiviti ini perlu dilakukan oleh empunya tempat kerja (gemba) bersama dengan rakan sekerja.  Ini bagi memastikan empunya tempat kerja tidak menyembunyi dan menyimpan apa-apa barangan/dokumen yang tidak diperlukan untuk melakukan kerjanya.

                    i.       Perhatian sekitar tempat kerja dan kesan barangan/dokumen yang tidak diperlukan dan tidak sepatutnya ada di dalam tempat kerja bagi melakukan kerja/tugas.

                  ii.       Tetapkan kriteria kaedah pengasingan dan pembuangan barangan/dokumen yang diperlukan dan tidak diperlukan.

                 iii.       Rekodkan situasi semasa dengan mengambil gambar.  Letakkan gambar ini di dalam carta kemajuan BMS – 01 – 03.

                 iv.       Barangan/dokumen yang tidak diperlukan untuk melakukan kerja dan yang tidak diketahui statusnya, hendaklah ditandakan dengan tag merah (S01-02).

                  v.       Semasa melakukan proses menanda tag merah, tanyakan soalan-soalan berikut untuk membantu dalam membuat keputusan.

a.      Adakah barangan/dokumen ini diperlukan?

                                          i.       Jika ya, berapakah kuantiti diperlukan?

                                        ii.       Jika ya, apakah kekerapan ianya digunakan?

                                       iii.       Jika ya, di manakah ianya perlu diletakkan?

                                       iv.       Jika ya, siapakah yang kerap menggunakannya?

b.     Siapakah yang bertanggungjawab terhadap barangan/dokumen tersebut?

c.      Adakah barangan/dokumen lain berada di tempat kerja?

d.     Adakah peralatan/bahan yang terletak di atas lantai?

e.      Sekiranya barangan/dokumen tersebut dialihkan, adakah ianya akan memberi apa-apa kesan?

f.             Adakah barangan/dokumen tersebut mengganggu laluan?

                 vi.       Asing dan letakkan barangan/dokumen yang telah ditanda dengan tag merah di tempat penyimpanan sementara sebelum dibuat penilaian semula.

                vii.       Tempat penyimpanan sementara perlulah dilabelkan dan boleh dilihat dengan jelas bagi membolehkan kawal visual dilakukan.

              viii.       Lantik pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menguruskan tempat penyimpanan tersebut.

                 ix.       Paparkan gambar barangan yang di tag merah di papan kenyataan agar ianya boleh dilihat oleh orang lain.

                  x.       Barangan yang disimpan di dalam tempat penyimpanan sementara perlulah disimpan selama 3-4 bulan sebelum ianya dipindahkan ke tempat pengumpulan untuk dibuang/lupus.

                 xi.       Proses pelupusan barangan/dokumen perlulah menepati tatacara pelupusan yang telah di tetapkan oleh arahan/pekeliling semasa.

                xii.       Membuang barangan/dokumen yang tidak diperlukan secara serta merta setelah penilaian semula dilaksanakan.

              xiii.       Rekodkan situasi semasa dengan mengambil gambar dan ditampal di dalam carta kemajuan BMS – 01 – 03 .Carta ini dipamerkan di sudut/ruangan Amalan

              xiv.       Buat penilaian (bahagian seiri di dalam borang KA-01/KA-02/KA-03) terhadap pencapaian selepas proses penyisihan dilakukan.


Markah
Tindakan
³ 15
Lakukan Seiton
< 15
Ulangi langkah iv sehingga xiii






3.3 Langkah 3: SEITON (SUSUN)

Lakukan langkah ini setelah selesai langkah seiri dan telah mencapai tahap yang ditetapkan.

                    i.       Pastikan semua barangan/dokumen telah dikeluarkan daripada tempat kerja;

                  ii.       Sediakan pelan susun atur (layout plan) bagi setiap barangan/dokumen di tempat kerja dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

a.        Aliran kerja yang efisien;

b.        Tempat yang sesuai dan selamat;

c.        Barangan/dokumen boleh dicapai dengan mudah dengan menggunakan kaedah masuk dulu keluar dulu (MDKD) ataupun first in first out (FIFO).

               iii.        Rekodkan situasi semasa dengan mengambil gambar sebelum tindakan.

               iv.        Setiap barangan/dokumen perlu diletakkan menggunakan prinsip 3 fixed keys iaitu:

a.        Semua barangan/dokumen mempunyai tempat penyimpannya sendiri;

b.        Semua barangan/dokumen diletakkan di lokasi yang tetap;

c.        Semua barangan/dokumen diletakkan dalam kuantiti yang tetap.  Nyatakan jumlah minima/maksima di mana perlu.

               v.         Semua barangan/dokumen dan lokasinya perlu ditandakan dengan label yang jelas dan sistematik. Penggunaan kod warna dan paparan gambar barang adalah digalakkan di mana bersesuaian;

               vi.        Kategorikan barangan/dokumen mengikut kategori berikut:

a.        Kerap digunakan (setiap jam/hari) à diletakkan berhampiran dengan pegawai;
b.        Kadang-kadang digunakan (seminggu/sebulan sekali) à diletakkan jauh sedikit;
c.        Jarang digunakan (lebih daripada sebulan) à diletakkan lebih jauh tetapi di dalam tempat kerja.

              vii.        Letakkan barangan/dokumen agar mudah dilihat, dicapai dan dikembalikan bagi meminimumkan masa pencarian.  Sasaran tempoh masa pencarian adalah 30 saat;

            viii.        Garisan pembahagi digunakan untuk membezakan lokasi kawasan peralatan/mesin/laluan kawasan kerja dengan menggunakan cat atau pelekat;

               ix.        Wujudkan Address Grid bagi memudahkan pengesanan kawasan kerja.

                x.        Rekodkan situasi semasa dengan mengambil gambar.

a.    Buat penilaian (bahagian seiton di dalam borang KA-01/KA-02/KA-03) terhadap
       kemajuan yang dilakukan.


Markah
Tindakan
³ 15
Lakukan Seisou
< 15
Ulangi langkah 1 sehingga selesai


3.3.1  Carta Pelaksanaan Seiton di tempat kerja


3.3.1.1 Contoh penyusunan perkakasan tangan. Setiap barang diletakkan di tempat yang tetap.


3.4 Langkah 4: SEISOU (SAPU)

Langkah seisou melibatkan aktiviti harian, mingguan ataupun bulanan disamping aktiviti gotong-royong perdana yang boleh dilakukan beberapa kali dalam setahun.

                       i.       Bahagikan tugas pembersihan dan pemeriksaan peralatan/kawasan mengikut zon yang ditetapkan;

                      ii.       Setiap zon perlu mempunyai pegawai yang dipertanggungjawabkan.  Ini boleh dilakukan dengan mewujudkan peta tanggungjawab (responsibility map);

                     iii.       Tentukan barang-barang yang perlu dibersihkan dan dikategorikan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan;

                     iv.       Sediakan peralatan dan bahan-bahan pembersihan dan letakkan di tempat yang mudah dicapai;

                      v.       Sediakan jadual pembersihan dan pemeriksaan harian untuk aktiviti pembersihan 10 minit sebelum dan selepas kerja. Sistem penggiliran adalah digalakkan di mana bersesuaian;

                     vi.       Pekerja-pekerja harus membersihkan dan memeriksa peralatan / mesin, kawasan kerja masing-masing serta melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kecil jika perlu tanpa gagal.

                    vii.       Kebersihan perlu sentiasa dikekalkan dengan mengenal pasti punca sebenar berlakunya kekotoran. Ini boleh dilakukan dengan menyoal “kenapa ianya berlaku” sebanyak 5 kali kepada punca kekotoran.

                   viii.       Di samping aktiviti pembersihan dan pemeriksaan selama 10 min setiap hari, empunya tempat kerja perlu menetapkan masa/slot bagi melaksanakan pembersihan dan pemeriksaan berkala pada setiap minggu ataupun bulan.

                     ix.       Hadkan masa gotong-royong kepada 2-4 jam sahaja.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti:

a.    Mengecat lantai

b.    Buat garisan

c.    Mengemas atau menyusun barang-barang

d.    Aktiviti yang difikirkan bersesuaian.

                      x.       Aktiviti ini dilakukan secara serentak dan semua SGA institut hendaklah terlibat.

                     xi.       Rekodkan situasi semasa dengan mengambil gambar.

                    xii.       Buat penilaian (bahagian seisou di dalam borang KA-01/KA-02/KA-03) terhadap kemajuan yang dilakukan.

Markah
Tindakan
³ 15
Lakukan Seiketsu
< 15
Ulangi langkah  1 sehingga selesai


                   xiii.       Apabila SGA telah melengkapkan 4 langkah pertama dengan melaksanakan Seiri, Seiton, dan Seisou,  Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S Institut perlu menetapkan sama ada SGA perlu menambahbaikkan situasi semasa dengan mengulangi langkah 1 ataupun terus ke langkah 5.

3.5 Langkah 5: SEIKETSU (SERAGAM)


Langkah ini melibatkan kaedah kawalan visual dan garis panduan untuk mengekalkan tempat kerja sentiasa kemas dan teratur.  Ini adalah kaedah untuk membudayakan tiga “S” yang pertama.

i.        Pastikan situasi semasa direkodkan dengan mengambil gambar. Gunakan gambar ini untuk memperbetulkan mana-mana kelemahan yang ada.

ii.       Pastikan langkat seiri, seiton, dan seisou dipatuhi dengan baik dan betul

iii.      Semua aktiviti amalan 5S di dokumen dan dipamerkan di sudut Amalan 5S disetiap tempat kerja SGA.  Adalah digalakkan maklumat pencapaian dipamerkan di ruangan pameran lain seperti ruang menunggu utama institut ataupun laman web bagi memberi semangat kepada SGA untuk terus berusaha.

iv.     Wujudkan borang ataupun prosedur bagi menilai keadaan semasa bagi langkah seiri, seiton dan seisou.

v.      Mana-mana borang yang memberi kesan yang tinggi boleh dicadangkan kepada pihak pengurusan agar diguna pakai oleh kumpulan lain.

vi.     Seragamkan mana-mana prosedur yang difikirkan perlu. Contohnya

a.    Seragamkan kaedah penilaian menggunakan tag merah untuk langkah Seiri;

b.    Seragamkan kaedah menandakan garisan pembahagi, proses label, dan pameran maklumat bagi langkat Seiton;

c.    Seragamkan kaedah pembersihan dan pemeriksaan dengan menyeragamkan jadual bertugas bagi langkah Seisou;

d.    Menyeragamkan kaedah komunikasi dalaman bagi tujuan penyebaran maklumat dan perkongsian ilmu.

vii.    Wujudkan kaedah yang seragam bagi kerja-kerja pemeriksaan sistem penyelenggaraan.  Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan mendapatkan pandangan dan pendapat kumpulan SGA lain.

viii.   Pastikan setiap mesin dan ruang kerja mempunyai pegawai yang dipertanggungjawabkan.

ix.     Lawatan audit oleh pasukan audit dalaman.

x.      Memberi pengiktirafan dengan cara pujian, komen membangun kepada setiap usaha yang ditunjukkan.

3.6 Langkah 6: SHITSUKE (SENTIASA AMAL)


Shitsuke ialah usaha membudayakan amalan 4S yang terdahulu ditempat kerja ke arah penambahbaikan berterusan. Shitsuke memerlukan komitmen dan disiplin serta penyertaan seluruh warga kerja termasuk pengurusan tertinggi bagi memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan secara berkesan dan cekap.

                       i.       Setiap warga kerja perlu menganggap tempat kerja mereka sebagai rumah sendiri.

                      ii.       Setiap kakitangan perlu menjadikan Amalan 5S sebagai sebahagian daripada tanggungjawab dan kerja rutin mereka dan bukannya sebagai satu beban kerja yang terpaksa dilakukan.

                     iii.       Sifat dedikasi, komitmen dan ketelusan hati amat diperlukan dalam melakukan aktiviti Amalan 5S.


                     iv.       Kawalan visual perlu dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi secara pemerhatian dan pemeriksaan;

                      v.       Penggunaan konsep 3 keys (senang dilihat, senang di ambil dan senang dikembalikan) di tempat kerja;

                     vi.       Tiada barang-barang tidak diperlukan berada di tempat kerja;

                    vii.       Garisan keselamatan di lantai dapat dilihat dengan jelas;

                   viii.       Penggunaan kod warna yang bersesuaian untuk membezakan operasi di tempat kerja;

                     ix.       Lantai dan mesin bersih dari habuk dan kotoran

                      x.       Pematuhan kepada peraturan dan prosedur yang dibuat;

                     xi.       Mempamerkan pencapaian dan kemajuan aktiviti amalan 5S

                    xii.       Rakam situasi zon selepas aktiviti 5S dari sudut yang sama seperti  aktiviti 5S diaplikasikan

                   xiii.       Bandingkan situasi sebelum dan selepas aktiviti 5S dijalankan

                  xiv.       Berikan ulasan terhadap hasil yang diperoleh

                   xv.       Keputusan dipamerkan di Sudut 5S

                  xvi.       Mempamerkan slogan 5S secara berterusan untuk menarik minat dan penglibatan semua pihak

                 xvii.       Meneruskan program kesedaran dan aktiviti promosi tentang kepentingan amalan 5S melalui latihan berterusan

                xviii.       Melaksanakan audit dalaman diadakan mengikut jadual

                  xix.       Membuat pengukuran tahap pencapaian perlaksanaan aktiviti 5S dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian seperti senarai semak dan carta radar

                   xx.       Pengenalpastian terhadap punca sebenar (root cause) suatu masalah amatlah perlu bagi memastikan ianya tidak berulang dan dapat dihindarkan terus.

                  xxi.       Mewujudkan program pengiktirafan ke atas usaha pekerja

                 xxii.       Lakukan lawatan ke tempat-tempat yang telah menjalankan aktiviti 5S

                xxiii.       Mengadakan pertandingan ataupun konvensyen 5S antara jabatan/bahagian.

4. Struktur Jawatankuasa


4.1 Jawatankuasa Induk Amalan 5S IKBNSI


Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah atau Ketua Bahagian Kemahiran dan ahli-ahlinya terdiri daripada Ketua Sekolah, Ketua Cawangan dan Ketua Unit.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab :

                       i.       Menetapkan polisi perlaksanaan 5S seperti sasaran, objektif, pelan tindakan, keanggotaan jawatankuasa, dan sebagainya;

                      ii.       Membuat perancangan perlaksanaan Amalan 5S di IKBN

                     iii.       Menyeragamkan perlaksanaan Amalan 5S di IKBN

                     iv.       Memantau perlaksanaan Amalan 5S di IKBN

                      v.       Mengarahkan proses pengauditan Amalan 5S di antara IKBN

                     vi.       Mengadakan konvensyen 5S di peringkat Jabatan

4.2 Carta Jawatankuasa Induk amalan 5S IKBNSI



4.2 Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S peringkat Institut

Empat jawatankuasa kecil iaitu :

                       i.       Jawatankuasa Kecil Perlaksanaan Amalan 5S

                      ii.       Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman

                     iii.       Jawatankuasa Kecil Latihan

                     iv.       Jawatankuasa Kecil Promosi

Pengerusi jawatankuasa kecil merupakan ahli kepada Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S institut.  Oleh itu, adalah dicadangkan lantikan pengerusi jawatankuasa kecil dibuat di kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S Institut.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :

                       i.       Menetapkan polisi-polisi di peringkat institut (ie: Lokasi pelaksanaan, keanggotaan jawatankuasa, sistem ganjaran dan penalti di peringkat dalaman);

                      ii.       Membuat perancangan perlaksanaan amalan 5S di peringkat institut;

                     iii.       Menyeragamkan perlaksanaan amalan 5S di peringkat institut;

                     iv.       Memantau perlaksanaan amalan 5S di peringkat institut;

                      v.       Memantau proses audit dalaman amalan 5S di peringkat institut;

                     vi.       Menggerakkan aktiviti promosi amalan 5S di peringkat institut;

                    vii.       Menentukan belanjawan serta sumber-sumber kewangan;

                   viii.       Menetapkan sistem pengiktirafan/penghargaan.

4.3 Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Amalan 5S (SGA)


Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada fasilitator dan ketua kumpulan kerja (SGA) yang mewakili bahagian masing-masing.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :

                       i.       Melaksanakan amalan 5S sebagaimana yang dirancang oleh Jawatankuasa induk institut;

                      ii.       Merekod dan menganalisis keadaan sebelum dan selepas serta melakukan aktiviti penambahbaikan selepas mendapat kelulusan;

                     iii.       Mempamerkan aktiviti amalan 5S di papan kenyataan (5S corner);

                     iv.       Memaparkan perkembangan perlaksanaan amalan 5S;
                      v.       Memastikan amalan 5S dilakukan secara berterusan;

                     vi.       Mengangkat cadangan penambahbaikan kepada jawatankuasa induk institut;

                    vii.       Menyalurkan maklumat terkini berkenaan dengan amalan 5S kepada seluruh kakitangan.
1.3.1      Carta Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S


4.4 Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman


Jawatankuasa ini dianggotai oleh ketua Juruaudit dan juruaudit yang dilantik oleh Pengarah IKBN/IKTBN.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :

                       i.       Merancang dan mengendalikan audit dalaman 5S sebanyak 2 kali setahun

                      ii.       Mengenal pasti sebarang masalah dan mengarahkan tindakan pembetulan diambil dengan memberi cadangan penambahbaikan

                     iii.       Lakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu

                     iv.       Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada jawatankuasa pemandu amalan 5S peringkat institut

                      v.       Menyediakan kriteria senarai semak proses audit dan garis panduan perlaksanaan audit

                     vi.       Mencadangkan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti semasa proses audit

                    vii.       Memastikan aktiviti 5S dijalankan secara sistematik dan berterusan

4.4.1 Carta Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman

4.5 Jawatankuasa Kecil Latihan


Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil setiap sekolah/ unit/ cawangan yang merupakan ahli di dalam ataupun mereka yang telah mengikuti latihan/kursus pendedahan Amalan 5S yang dilantik oleh pengarah Institut.  Ianya terdiri daripada Pengerusi, setiausaha, dan jurulatih.  Bilangan keanggotaannya ditentukan oleh Pengarah Institut mengikut kesesuaian dan keperluan.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk:

                       i.       Mengenal pasti dan merancang program latihan dan kesedaran kepada  staf, pelajar dan pembekal

                      ii.       Memberikan latihan dan panduan kepada staf, pelajar dan pembekal berkaitan dengan amalan 5S

                     iii.       Bertindak sebagai pemudah cara kepada SGA untuk menjalankan aktiviti 5S
4.5.1 Carta Jawatankuasa Kecil Latihan


                                                       

Pengerusi Jawatankuasa ini dilantik oleh Pengarah dan ahlinya dilantik oleh pengerusi berkenaan.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :

                       i.       Menyediakan pelan perlaksanaan aktiviti promosi amalan 5S

                      ii.       Merancang dan menganjurkan pertandingan 5S (kebersihan, poster,banner dll)

                     iii.       Mengadakan konvensyen 5S peringkat institut

                     iv.       Mencadangkan ganjaran yang bersesuaian kepada yang layak

                      v.       Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan


4.6.1 Carta Jawatankuasa Kecil Promosi


5. PENUTUP

5.1 Konsep 5S mudah difahami oleh setiap orang kerana perkara ini hanya memerlukan pengetahuan konvensional dan disiplin serta komitmen yang tinggi. Amalan ini boleh dilaksanakan di semua peringkat IKBNSI;

5.2 Amalan 5S dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan dapat meningkatkan rasa tanggungjawab serta sayang kepada IKBNSI;

5.3 Amalan 5S dapat mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, bersih dan selamat ke arah sistem penyampaian perkhidmatan IKBNSI bertaraf dunia;

5.4 Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan serta penglibatan semua warga IKBNSI menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan Amalan 5S; dan

5.5 Amalan 5S perlu dilaksanakan secara berterusan untuk mengekalkan prestasi penyampaian perkhidmatan IKBNSI yang cemerlang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan